Sunday, 11 November 2012

Liverpool VS Chelsea

salam.
mlm ni satu lg pertembungan maut antara dua seteru utama liga EPL walaopun tak sehebat pertemuan rival utama kita, Manchester United. Pastinya, game yg dinanti-nantikan oleh penyokong memasing memandangkan kedua-dua kelab mahu memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.
       Chelsea pastinya tidak lagi mahu ketinggalan mata dengan MU untuk merebut kembali kedudukan teratas liga. Manakala, Liverpool yg berada dikedudukan kedua belas saat ini, memerlukan 3 mata penting untuk terus mengasak ke posisi 4 terbaik. Pastinya, semuanya tertumpu kepada strategi BR malam ni. Siapakah 1st eleven pilihannya? Semua pun tahu, apabila BR terpaksa mengorbankan perlawanan liga eropah ketika bertemu kelab kaya Russia, anzhi minggu lepas dengan memasukkan 2nd team iaitu player2 muda dan keputusan yg seperti sudah dijangkakan, kita tewas tipis 1-0.
       Pastinya, semua pemain utama dapat beraksi malam ini tanpa sebarang masalah kecederaan maupun kad. Dan pastinya sekali lagi, player yg akan mendapat tumpuan semua, Luis Suarez dengan sentuhan jaringannya yg konsisten. Diharap Suarez berjaya menjinakkan barisan pertahanan Chelsea yg diterajui David Luiz. Dengarnya, Ashley Cole tidak bermain malam ini kerana faktor kecergasan.

      Selain faktor ketajaman Suarez, dua winger muda kita juga perlu diberi perhatian. Suso dengan gaya tenangnya disebelah kanan dan Raheem Sterling dengan kelajuan serta dribblenya disebelah kiri juga antara faktor penting tentang halatuju team kita malam ini. Kehebatan abang Long, Gerrad kita juga ditagih semoga menjadi untuk game malam ni. Assist cantik dari beliau sangat diperlukan untuk memudahkan Suarez mendapat bola untuk jaringan.
       Antara lain, Sahin dan Allen juga perlu lebih efektif dibahagian memasing, terutamanya untuk mencorak perlawanan dan menyerap asakan dari tengah. Dan pastinya yg paling sibuk malam ini, 4 pertahanan utama kita yg akan menjadi benteng dari asakan-asakan dari seteru yg dikepalai Torres dan Juan Mata, serta lorongan dr Oscar dan Eden Hazard yg boleh menjadi pemusnah.
     Pastinya, konsisten si Brad Jones ditagih untuk game penting ni selepas bertindak cemerlang di dalam game ketika bertemu Anzhi ituhari. Selain, Enrique yg bertindak cemerlang dalam assist beberapa gol sebelum ini. Namun, beliau juga agak lemah saat bertahan dan menjadi punca gol bolos untuk pihak lawan. Glen Johnson yg baru pulih dari kecederaan, bertemu kembali kelab asal beliau. Serta, dua tonggak tengah utama kita, Daniel Agger dan Skartel. Diharap pasukan kita dapat meneruskan rekod baik pertemuan dengan kemenangan. Finally, Howard Webb yg sangat2 dikenali sebagai penyokong kuat team MU akan bertindak lebih waras dalam membuat keputusan. YNWA!




Saturday, 3 November 2012

Liverpool vs Kota baru.

Malam ni, LIVERPOOL bertemu Newcastle di Anfield, stadium yg dah x berapa nak keramat dah ;p. Pastinya satu perlawanan yg sengit memandangkan Newcastle bukan lagi pasukan level biase-biasa. Hakikatnya, team Liverpool juga bukan lagi sekuat dulu-dulu, dizaman kegemilangan pasukan memperolehi kejayaan mengumpul trofi kebanggaan. Namun, sebagai penyokong setia pasukan, sokongan tak berbelah bagi tetap akan dikekalkan momentomnya. Harapannya, Brendan Rodger haruslah menurunkan pemain terbaiknya utk game ini. Setiap pasukan ada kekuatannya, dan kemenangan mengalahkan team Liverpool merupakan peristiwa bersejarah untuk team-team bawahan. Pastinya semangat juang team rival akan meningkat 150% dari kebiasaan. Buktinya, kita mengalami kekalahan dengan West Brom, Swansea, dan seri dengan Stoke, dan beberapa team bawahan lagi. Jadinya, BR menjadikan kekalahan ini sebagai pengajaran. Pemain pilihan saya, pastinya pasukan terkuat tanpa mengambil risiko dgn menurunkan Carra dan Joe Cole yg sudah tidak sesuai lagi diturunkan. Diharap juga, BR sedia menurunkan Assaidi sebagai super sub utk 2nd half nanti. semoga kemenangan berpihak kepada kita, Insya'Allah. 3 point yg diharap pastinya dapat melonjakkan kita ke 3 lg anak tangga. YNWA!!