Sunday 13 January 2013

bertemu setan merah

malam ni, team kesayangan kita akan berhadapan dgn team perangai setan-refree united. Atas kertas mmg jelas berpihak kepada mereka.. bukan psal rekod, bukan psal depa tuan rumah, tapi psl Howard Webb jd reff malam ni. Semua pun sedia maklum, H.Webb ni mmg anak emas M.U. Jadi awal2 lg kita dah jangkakan yg SAFuckgayson ni mmg nak menang. Hopefully, Liverpool main gempak mcm biase (taim menang), abaikan beruk tu, cuma harap sebagai peminat setia kita bolehlah terima dengan redha jika keputusan dari pengadil berat sebelah malam ni, semuapun sedia maklum. huhuuu.. to Munyet fans, x payah nak berlagak sangatlah kalo menang cara hina macam tu. Tapi kalo Liv. menang malam ni memang Fan munyet harus sedia terima kutukan membina 100hari.. wakakakak

Sunday 11 November 2012

Liverpool VS Chelsea

salam.
mlm ni satu lg pertembungan maut antara dua seteru utama liga EPL walaopun tak sehebat pertemuan rival utama kita, Manchester United. Pastinya, game yg dinanti-nantikan oleh penyokong memasing memandangkan kedua-dua kelab mahu memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.
       Chelsea pastinya tidak lagi mahu ketinggalan mata dengan MU untuk merebut kembali kedudukan teratas liga. Manakala, Liverpool yg berada dikedudukan kedua belas saat ini, memerlukan 3 mata penting untuk terus mengasak ke posisi 4 terbaik. Pastinya, semuanya tertumpu kepada strategi BR malam ni. Siapakah 1st eleven pilihannya? Semua pun tahu, apabila BR terpaksa mengorbankan perlawanan liga eropah ketika bertemu kelab kaya Russia, anzhi minggu lepas dengan memasukkan 2nd team iaitu player2 muda dan keputusan yg seperti sudah dijangkakan, kita tewas tipis 1-0.
       Pastinya, semua pemain utama dapat beraksi malam ini tanpa sebarang masalah kecederaan maupun kad. Dan pastinya sekali lagi, player yg akan mendapat tumpuan semua, Luis Suarez dengan sentuhan jaringannya yg konsisten. Diharap Suarez berjaya menjinakkan barisan pertahanan Chelsea yg diterajui David Luiz. Dengarnya, Ashley Cole tidak bermain malam ini kerana faktor kecergasan.

      Selain faktor ketajaman Suarez, dua winger muda kita juga perlu diberi perhatian. Suso dengan gaya tenangnya disebelah kanan dan Raheem Sterling dengan kelajuan serta dribblenya disebelah kiri juga antara faktor penting tentang halatuju team kita malam ini. Kehebatan abang Long, Gerrad kita juga ditagih semoga menjadi untuk game malam ni. Assist cantik dari beliau sangat diperlukan untuk memudahkan Suarez mendapat bola untuk jaringan.
       Antara lain, Sahin dan Allen juga perlu lebih efektif dibahagian memasing, terutamanya untuk mencorak perlawanan dan menyerap asakan dari tengah. Dan pastinya yg paling sibuk malam ini, 4 pertahanan utama kita yg akan menjadi benteng dari asakan-asakan dari seteru yg dikepalai Torres dan Juan Mata, serta lorongan dr Oscar dan Eden Hazard yg boleh menjadi pemusnah.
     Pastinya, konsisten si Brad Jones ditagih untuk game penting ni selepas bertindak cemerlang di dalam game ketika bertemu Anzhi ituhari. Selain, Enrique yg bertindak cemerlang dalam assist beberapa gol sebelum ini. Namun, beliau juga agak lemah saat bertahan dan menjadi punca gol bolos untuk pihak lawan. Glen Johnson yg baru pulih dari kecederaan, bertemu kembali kelab asal beliau. Serta, dua tonggak tengah utama kita, Daniel Agger dan Skartel. Diharap pasukan kita dapat meneruskan rekod baik pertemuan dengan kemenangan. Finally, Howard Webb yg sangat2 dikenali sebagai penyokong kuat team MU akan bertindak lebih waras dalam membuat keputusan. YNWA!




Saturday 3 November 2012

Liverpool vs Kota baru.

Malam ni, LIVERPOOL bertemu Newcastle di Anfield, stadium yg dah x berapa nak keramat dah ;p. Pastinya satu perlawanan yg sengit memandangkan Newcastle bukan lagi pasukan level biase-biasa. Hakikatnya, team Liverpool juga bukan lagi sekuat dulu-dulu, dizaman kegemilangan pasukan memperolehi kejayaan mengumpul trofi kebanggaan. Namun, sebagai penyokong setia pasukan, sokongan tak berbelah bagi tetap akan dikekalkan momentomnya. Harapannya, Brendan Rodger haruslah menurunkan pemain terbaiknya utk game ini. Setiap pasukan ada kekuatannya, dan kemenangan mengalahkan team Liverpool merupakan peristiwa bersejarah untuk team-team bawahan. Pastinya semangat juang team rival akan meningkat 150% dari kebiasaan. Buktinya, kita mengalami kekalahan dengan West Brom, Swansea, dan seri dengan Stoke, dan beberapa team bawahan lagi. Jadinya, BR menjadikan kekalahan ini sebagai pengajaran. Pemain pilihan saya, pastinya pasukan terkuat tanpa mengambil risiko dgn menurunkan Carra dan Joe Cole yg sudah tidak sesuai lagi diturunkan. Diharap juga, BR sedia menurunkan Assaidi sebagai super sub utk 2nd half nanti. semoga kemenangan berpihak kepada kita, Insya'Allah. 3 point yg diharap pastinya dapat melonjakkan kita ke 3 lg anak tangga. YNWA!!


Saturday 20 October 2012

Tahniah Gomo Kelate Gomo!

Ok tahniah.
Kowang memang terbaekk malam ni..
Nampak semangat nak menang tu lebih..
Dan Mat Yo telah membuktikan dirinya masih berharga.. huhuu
dan ATM..
Nasib x menyebelahi kamu.. huhuu
Yang penting..
Team aku menang malam ni..
Walaupun sakit hati tgk Suarez x score2 gak.. atleast jaringan Sterling mengubat luka Kopites.
Hopefully kemenangan ini dapat diteruskan utk game-game mendatang
Secara jujurnya, Liverpool perlukan tip-top stricker !!
Atleast beban score bukan utk Suarez sorang sahaja..
Wokey peeps.. enjoy ur weekend
salam ;p

Final Piala Malaysia.. siapa pilihan anda

Salam
lama x hapdet blog.. ;p
Sattt jer lagi.. Wisel menandakan sepak mula Final Piala Malaysia akan ditiup..
Team ChampioNS kita, tinggal kenangan.. setelah mencipta hatrik ke Final PM sejak 2009, 2010 dan 2011, dimana kita beroleh kemenangan 2 X memang kira rekod paling osem team kita pernah buat..
Cuma tahun ni kita bermula agak hambar dengan barisan Player yg ramai muka muda.. setelah 7 player utama kita dirembat oleh team Real Madrid Malaysia aka ATM fc.
So, usaha coach Azraai Khor bawak team sampai ke suku akhir bolehlah dianggap sebagai Sukses!
Lagipun, kita jumpa team super power ATM kowtt.. memang terkincit arr jawab ehhh..
Ehh.. off topik lagi.. ingat nak citer psal team Final.. tp takpelah, kowang baca kat paper jer hari-hari dah keluar.. ghegeghee
Orite, utk final kali ni, aku dengan optimisnya memilih ATM sebagai Juara baru P.M'sia.
Bukan nak bias, tapi atas beberapa faktor:
1. Psal barisan player yg tip-top.
2. Pasal Kelantan dah takde Gaddar dan Farhan.
3. Psal ATM tak pernah menang lagi.. so semangat nak menang lain macam punyer
4. Psal 7 player Nismilan yg ATM import tu memang power!
5. Psal kalo Kelantan kalo kalah pun tetap tuntut Royalti Minyak!! <mcm xde kene mengene jer kan

So, aku bagi 5 sebab jer dah ckup strong dah.. memang itu ler jawabnya sat lagi.. kowang tgk jer lahh..

P/S: Aku x sabar nk tengok team Liverpool jugak ni.. Konfim Menang jugak, Amin.. ;p

Wednesday 17 October 2012

Apo citor ni?? sapo beliauu?

aku xmo ulas panjang lebar, den ghaso ghamai yg dah menyampah dongar citor ni, dah jadik bahan kutukan ghamai dah, x malu ko kek sesapor yg berkonaan tuu?? polik amik boto den dongan kes nih.. ontah sapo-sapo ontah.. tapi yang slalu namo yg up sapo laiee.. Faizal Zainal arrr.. apsal Tok Mat buek dunno yoorrr?? oghang dio ko? citor dah tersebar bersepah-sepah.. kek kenduri sepupu den kek Jolai lastweek pun kluar citor ni.. pucuk pangka ehhh.. oghang kek ateh PBNS tu kok buek jahanam persatuan yorr, bawak-bawaklah bersaro yorr.. takdo untung mano ehh duwwhhh.. hari-hari oghang duk kutuk maki hamun psal ko yor..

Dongar kabar ehh Effa Owana pun dah xnak sambung kontrak, Tengganu offer 2 musim terus.. aduyaiii.. yang polik tu, ghamai lak yg suko Effa ni poieee.. dulu kemain puji melambung ehh.. lobih-lobih taim dio score gol.. aleh-alih, macam-macam statement kluar bilo dongar dio nak blah.. Kemon arr Jang, Effa ni power kowt.. mmg ciri-ciri stricker yg kito carik.. kalo tak, takkan dio boleh dapek 'penjaring terbanyak Liga Super.

Kek bawah ni, statement 'paneh' yg den baco pagi tadi.. kok botolah mcm citor kek bawah ni, beliau yg dimaksudkan, mohon berambus dongan soghoro!! tolonglah respek dongan penyokong setio team Nismilan ni.. poit.

Khabar angin kuat mengatakan Effa owona telah di tawarkan kontrak selama 2 tahun untuk bersama pasukan negeri sembilan. Namun seorg pegawai pasukan PBNS mengarahkan Effa utk demand pada MB kontrak yg di tawarkan akan di terima bersyarat iaitu bukan azrai khor yg membimbing pasukan negeri sembilan musim depan. Namun permainan pegawai tersebut gagal apabila Effa owona di laporkan tidak mengikut telunjuk beliau dan Effa kemungkinan akan berhijrah ke pasukan Trengganu...

Sunday 14 October 2012

You Never Walk Alone..

Cerita semalam..
Cousin aku kawen kt Felda Jelai..
So, jam 11 pagi lebih kurang aku drive gerak balik dgn Family..
Singgah di station Petronas, isi minyak dan apapa yg patut..
Nampak ada 2, 3 orang jerling kt aku semacam.. buat derk jer..
Lepas bayar kat kaunter, aku terus pegi kt kereta..
Sedang aku isi minyak, ada satu pakcik ni tepuk bahu aku..
" cayalah dik.. pakcik pun penyokong Liverpool jugak!" sambil tersengih dan mengancung tumbukan ke langit dengan semangat.
" Owhh.. pakcik pun Kopites jugak? cayalah pakcik.. " sambil tersenyum mengisi minyak kereta aku
" Pakcik sokong Liverpool ni sojak dari dorjah tigo lagi dik.. " sambil tunjuk sticker kt cermin kereta dia haaa... pakcik tak tengok sticker kat motor kaler merah saya lagi.. <aku cakap dalam hati jer.. ;p
"Nak kemano ni dik?" sambung pakcik tu lagi..
"poie gomeh pakcik, sepupu kawen.." sambil menutup tank minyak
"Owh... pakcik nak balik Pilah yoorr.. Ok dik, hati-hati jalan ,You Never Walk Alone!" tersenyum jer pakcik tu sambil tangan tunjuk good plak..
"Ok pakcik, mokasihh.. You Never Walk Alone, Assalamualaikum" aku senyum happy sebelum masuk kereta then terus jalan..

Gara-gara semalam aku memakai jersi Warrior dengan bernomborkan Suarez-7, dapat gak aku kenal otai Kopites dari Kolo Pilah. Jersi tu bru firsttime aku pkai, order dari officemate aku yang bercuti ke Bangkok. Memandangkan dia pun peminat Liverpool, jadi urusan order jadi mudah. Dengan kualiti super A, sama kualiti dengan jersi kat kedai Al-Ikhsan, harga jauh lebih worth it, rm38 jer. memang terbaiklah. Aku terus angkat 2, satu lg jersi away kaler purple yg guna masa game lawan Norwich hari tu. Yang jersi tu, aku letak nama Sterling-34.

Sampai kat port kenduri, macam biaselah salam-salam dengan sedara mara jauh dekat, ceewahhh.. ada arr abang sedara dari Ampang ni tegur, "wahhh.. geng Liverpool kita sudah sampai.." sambil panggil sorang lagi adik Ipar dia.. yesss.. ramai rupanya Kopites dikalangan sedara mara aku.. x pernah nak cerita jer.. sekali bila dah pakai jersi baru tau, aku tak jalan keseorangan.. baru aku dapat feel betapa hebatnya penyokong Liverpool ni.. memang proudlah!! ghegehee ;p

notakaki: firsttime aku pakai jersi liverpool kat kenduri kawen.. pasni aku akan teruskan jd tradisi plak.