Saturday, 3 November 2012

Liverpool vs Kota baru.

Malam ni, LIVERPOOL bertemu Newcastle di Anfield, stadium yg dah x berapa nak keramat dah ;p. Pastinya satu perlawanan yg sengit memandangkan Newcastle bukan lagi pasukan level biase-biasa. Hakikatnya, team Liverpool juga bukan lagi sekuat dulu-dulu, dizaman kegemilangan pasukan memperolehi kejayaan mengumpul trofi kebanggaan. Namun, sebagai penyokong setia pasukan, sokongan tak berbelah bagi tetap akan dikekalkan momentomnya. Harapannya, Brendan Rodger haruslah menurunkan pemain terbaiknya utk game ini. Setiap pasukan ada kekuatannya, dan kemenangan mengalahkan team Liverpool merupakan peristiwa bersejarah untuk team-team bawahan. Pastinya semangat juang team rival akan meningkat 150% dari kebiasaan. Buktinya, kita mengalami kekalahan dengan West Brom, Swansea, dan seri dengan Stoke, dan beberapa team bawahan lagi. Jadinya, BR menjadikan kekalahan ini sebagai pengajaran. Pemain pilihan saya, pastinya pasukan terkuat tanpa mengambil risiko dgn menurunkan Carra dan Joe Cole yg sudah tidak sesuai lagi diturunkan. Diharap juga, BR sedia menurunkan Assaidi sebagai super sub utk 2nd half nanti. semoga kemenangan berpihak kepada kita, Insya'Allah. 3 point yg diharap pastinya dapat melonjakkan kita ke 3 lg anak tangga. YNWA!!


No comments:

Post a Comment