Sunday 11 November 2012

Liverpool VS Chelsea

salam.
mlm ni satu lg pertembungan maut antara dua seteru utama liga EPL walaopun tak sehebat pertemuan rival utama kita, Manchester United. Pastinya, game yg dinanti-nantikan oleh penyokong memasing memandangkan kedua-dua kelab mahu memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.
       Chelsea pastinya tidak lagi mahu ketinggalan mata dengan MU untuk merebut kembali kedudukan teratas liga. Manakala, Liverpool yg berada dikedudukan kedua belas saat ini, memerlukan 3 mata penting untuk terus mengasak ke posisi 4 terbaik. Pastinya, semuanya tertumpu kepada strategi BR malam ni. Siapakah 1st eleven pilihannya? Semua pun tahu, apabila BR terpaksa mengorbankan perlawanan liga eropah ketika bertemu kelab kaya Russia, anzhi minggu lepas dengan memasukkan 2nd team iaitu player2 muda dan keputusan yg seperti sudah dijangkakan, kita tewas tipis 1-0.
       Pastinya, semua pemain utama dapat beraksi malam ini tanpa sebarang masalah kecederaan maupun kad. Dan pastinya sekali lagi, player yg akan mendapat tumpuan semua, Luis Suarez dengan sentuhan jaringannya yg konsisten. Diharap Suarez berjaya menjinakkan barisan pertahanan Chelsea yg diterajui David Luiz. Dengarnya, Ashley Cole tidak bermain malam ini kerana faktor kecergasan.

      Selain faktor ketajaman Suarez, dua winger muda kita juga perlu diberi perhatian. Suso dengan gaya tenangnya disebelah kanan dan Raheem Sterling dengan kelajuan serta dribblenya disebelah kiri juga antara faktor penting tentang halatuju team kita malam ini. Kehebatan abang Long, Gerrad kita juga ditagih semoga menjadi untuk game malam ni. Assist cantik dari beliau sangat diperlukan untuk memudahkan Suarez mendapat bola untuk jaringan.
       Antara lain, Sahin dan Allen juga perlu lebih efektif dibahagian memasing, terutamanya untuk mencorak perlawanan dan menyerap asakan dari tengah. Dan pastinya yg paling sibuk malam ini, 4 pertahanan utama kita yg akan menjadi benteng dari asakan-asakan dari seteru yg dikepalai Torres dan Juan Mata, serta lorongan dr Oscar dan Eden Hazard yg boleh menjadi pemusnah.
     Pastinya, konsisten si Brad Jones ditagih untuk game penting ni selepas bertindak cemerlang di dalam game ketika bertemu Anzhi ituhari. Selain, Enrique yg bertindak cemerlang dalam assist beberapa gol sebelum ini. Namun, beliau juga agak lemah saat bertahan dan menjadi punca gol bolos untuk pihak lawan. Glen Johnson yg baru pulih dari kecederaan, bertemu kembali kelab asal beliau. Serta, dua tonggak tengah utama kita, Daniel Agger dan Skartel. Diharap pasukan kita dapat meneruskan rekod baik pertemuan dengan kemenangan. Finally, Howard Webb yg sangat2 dikenali sebagai penyokong kuat team MU akan bertindak lebih waras dalam membuat keputusan. YNWA!




Saturday 3 November 2012

Liverpool vs Kota baru.

Malam ni, LIVERPOOL bertemu Newcastle di Anfield, stadium yg dah x berapa nak keramat dah ;p. Pastinya satu perlawanan yg sengit memandangkan Newcastle bukan lagi pasukan level biase-biasa. Hakikatnya, team Liverpool juga bukan lagi sekuat dulu-dulu, dizaman kegemilangan pasukan memperolehi kejayaan mengumpul trofi kebanggaan. Namun, sebagai penyokong setia pasukan, sokongan tak berbelah bagi tetap akan dikekalkan momentomnya. Harapannya, Brendan Rodger haruslah menurunkan pemain terbaiknya utk game ini. Setiap pasukan ada kekuatannya, dan kemenangan mengalahkan team Liverpool merupakan peristiwa bersejarah untuk team-team bawahan. Pastinya semangat juang team rival akan meningkat 150% dari kebiasaan. Buktinya, kita mengalami kekalahan dengan West Brom, Swansea, dan seri dengan Stoke, dan beberapa team bawahan lagi. Jadinya, BR menjadikan kekalahan ini sebagai pengajaran. Pemain pilihan saya, pastinya pasukan terkuat tanpa mengambil risiko dgn menurunkan Carra dan Joe Cole yg sudah tidak sesuai lagi diturunkan. Diharap juga, BR sedia menurunkan Assaidi sebagai super sub utk 2nd half nanti. semoga kemenangan berpihak kepada kita, Insya'Allah. 3 point yg diharap pastinya dapat melonjakkan kita ke 3 lg anak tangga. YNWA!!


Saturday 20 October 2012

Tahniah Gomo Kelate Gomo!

Ok tahniah.
Kowang memang terbaekk malam ni..
Nampak semangat nak menang tu lebih..
Dan Mat Yo telah membuktikan dirinya masih berharga.. huhuu
dan ATM..
Nasib x menyebelahi kamu.. huhuu
Yang penting..
Team aku menang malam ni..
Walaupun sakit hati tgk Suarez x score2 gak.. atleast jaringan Sterling mengubat luka Kopites.
Hopefully kemenangan ini dapat diteruskan utk game-game mendatang
Secara jujurnya, Liverpool perlukan tip-top stricker !!
Atleast beban score bukan utk Suarez sorang sahaja..
Wokey peeps.. enjoy ur weekend
salam ;p

Final Piala Malaysia.. siapa pilihan anda

Salam
lama x hapdet blog.. ;p
Sattt jer lagi.. Wisel menandakan sepak mula Final Piala Malaysia akan ditiup..
Team ChampioNS kita, tinggal kenangan.. setelah mencipta hatrik ke Final PM sejak 2009, 2010 dan 2011, dimana kita beroleh kemenangan 2 X memang kira rekod paling osem team kita pernah buat..
Cuma tahun ni kita bermula agak hambar dengan barisan Player yg ramai muka muda.. setelah 7 player utama kita dirembat oleh team Real Madrid Malaysia aka ATM fc.
So, usaha coach Azraai Khor bawak team sampai ke suku akhir bolehlah dianggap sebagai Sukses!
Lagipun, kita jumpa team super power ATM kowtt.. memang terkincit arr jawab ehhh..
Ehh.. off topik lagi.. ingat nak citer psal team Final.. tp takpelah, kowang baca kat paper jer hari-hari dah keluar.. ghegeghee
Orite, utk final kali ni, aku dengan optimisnya memilih ATM sebagai Juara baru P.M'sia.
Bukan nak bias, tapi atas beberapa faktor:
1. Psal barisan player yg tip-top.
2. Pasal Kelantan dah takde Gaddar dan Farhan.
3. Psal ATM tak pernah menang lagi.. so semangat nak menang lain macam punyer
4. Psal 7 player Nismilan yg ATM import tu memang power!
5. Psal kalo Kelantan kalo kalah pun tetap tuntut Royalti Minyak!! <mcm xde kene mengene jer kan

So, aku bagi 5 sebab jer dah ckup strong dah.. memang itu ler jawabnya sat lagi.. kowang tgk jer lahh..

P/S: Aku x sabar nk tengok team Liverpool jugak ni.. Konfim Menang jugak, Amin.. ;p

Wednesday 17 October 2012

Apo citor ni?? sapo beliauu?

aku xmo ulas panjang lebar, den ghaso ghamai yg dah menyampah dongar citor ni, dah jadik bahan kutukan ghamai dah, x malu ko kek sesapor yg berkonaan tuu?? polik amik boto den dongan kes nih.. ontah sapo-sapo ontah.. tapi yang slalu namo yg up sapo laiee.. Faizal Zainal arrr.. apsal Tok Mat buek dunno yoorrr?? oghang dio ko? citor dah tersebar bersepah-sepah.. kek kenduri sepupu den kek Jolai lastweek pun kluar citor ni.. pucuk pangka ehhh.. oghang kek ateh PBNS tu kok buek jahanam persatuan yorr, bawak-bawaklah bersaro yorr.. takdo untung mano ehh duwwhhh.. hari-hari oghang duk kutuk maki hamun psal ko yor..

Dongar kabar ehh Effa Owana pun dah xnak sambung kontrak, Tengganu offer 2 musim terus.. aduyaiii.. yang polik tu, ghamai lak yg suko Effa ni poieee.. dulu kemain puji melambung ehh.. lobih-lobih taim dio score gol.. aleh-alih, macam-macam statement kluar bilo dongar dio nak blah.. Kemon arr Jang, Effa ni power kowt.. mmg ciri-ciri stricker yg kito carik.. kalo tak, takkan dio boleh dapek 'penjaring terbanyak Liga Super.

Kek bawah ni, statement 'paneh' yg den baco pagi tadi.. kok botolah mcm citor kek bawah ni, beliau yg dimaksudkan, mohon berambus dongan soghoro!! tolonglah respek dongan penyokong setio team Nismilan ni.. poit.

Khabar angin kuat mengatakan Effa owona telah di tawarkan kontrak selama 2 tahun untuk bersama pasukan negeri sembilan. Namun seorg pegawai pasukan PBNS mengarahkan Effa utk demand pada MB kontrak yg di tawarkan akan di terima bersyarat iaitu bukan azrai khor yg membimbing pasukan negeri sembilan musim depan. Namun permainan pegawai tersebut gagal apabila Effa owona di laporkan tidak mengikut telunjuk beliau dan Effa kemungkinan akan berhijrah ke pasukan Trengganu...

Sunday 14 October 2012

You Never Walk Alone..

Cerita semalam..
Cousin aku kawen kt Felda Jelai..
So, jam 11 pagi lebih kurang aku drive gerak balik dgn Family..
Singgah di station Petronas, isi minyak dan apapa yg patut..
Nampak ada 2, 3 orang jerling kt aku semacam.. buat derk jer..
Lepas bayar kat kaunter, aku terus pegi kt kereta..
Sedang aku isi minyak, ada satu pakcik ni tepuk bahu aku..
" cayalah dik.. pakcik pun penyokong Liverpool jugak!" sambil tersengih dan mengancung tumbukan ke langit dengan semangat.
" Owhh.. pakcik pun Kopites jugak? cayalah pakcik.. " sambil tersenyum mengisi minyak kereta aku
" Pakcik sokong Liverpool ni sojak dari dorjah tigo lagi dik.. " sambil tunjuk sticker kt cermin kereta dia haaa... pakcik tak tengok sticker kat motor kaler merah saya lagi.. <aku cakap dalam hati jer.. ;p
"Nak kemano ni dik?" sambung pakcik tu lagi..
"poie gomeh pakcik, sepupu kawen.." sambil menutup tank minyak
"Owh... pakcik nak balik Pilah yoorr.. Ok dik, hati-hati jalan ,You Never Walk Alone!" tersenyum jer pakcik tu sambil tangan tunjuk good plak..
"Ok pakcik, mokasihh.. You Never Walk Alone, Assalamualaikum" aku senyum happy sebelum masuk kereta then terus jalan..

Gara-gara semalam aku memakai jersi Warrior dengan bernomborkan Suarez-7, dapat gak aku kenal otai Kopites dari Kolo Pilah. Jersi tu bru firsttime aku pkai, order dari officemate aku yang bercuti ke Bangkok. Memandangkan dia pun peminat Liverpool, jadi urusan order jadi mudah. Dengan kualiti super A, sama kualiti dengan jersi kat kedai Al-Ikhsan, harga jauh lebih worth it, rm38 jer. memang terbaiklah. Aku terus angkat 2, satu lg jersi away kaler purple yg guna masa game lawan Norwich hari tu. Yang jersi tu, aku letak nama Sterling-34.

Sampai kat port kenduri, macam biaselah salam-salam dengan sedara mara jauh dekat, ceewahhh.. ada arr abang sedara dari Ampang ni tegur, "wahhh.. geng Liverpool kita sudah sampai.." sambil panggil sorang lagi adik Ipar dia.. yesss.. ramai rupanya Kopites dikalangan sedara mara aku.. x pernah nak cerita jer.. sekali bila dah pakai jersi baru tau, aku tak jalan keseorangan.. baru aku dapat feel betapa hebatnya penyokong Liverpool ni.. memang proudlah!! ghegehee ;p

notakaki: firsttime aku pakai jersi liverpool kat kenduri kawen.. pasni aku akan teruskan jd tradisi plak.

Saturday 13 October 2012

Jasamu dikenang Coach Azraai Khor

Pagi ni den tekojut bilo terbaco status Coach kesayangan kito, Azraai Khoor yg menulis...
 " Assalamalaikum...
Setelah fikir masak masak, saya telah mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak saya bersama PBNS. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat PBNS yang telah memberi kerjasama dan peluang untuk saya membawa pasukan Hoben Jang Hoben."

Aduyaiiii.. apo dah jd ni ?? apo punco ehhh...? baru yor baco kek paper Sinar, kontrak Azraai kekal musim depan -Tok Mat. tup-tup hari ni x sambung plak..
den x nak cakap bondo yg den x tau tapi den dongar macam-macam bunyik psal hal dalaman PBNS yg konon ehh tongah bergolak..
boto ko ado masalah dalaman ko PBNS nih macam yg ghamai kobarkan?
damn it lah.. sapo agak ehh tu punco ehh poit.. buek musibat kek dalam persatuan bola kito?? dulu ramai kobar ann si Faizal Zainal tu punco ehhh.. kok boto, mohon berambuslah!! jangan jahanamkan bolasepak team Nismilan. Jangan sampai penyokong2 mengamuk nanti.

Sorry, memang off-topik. sey cumo rasokan something wrong somewhere dalam PBNS nih.. mohon siasat. Dah lar ghamai key player kito blah season lopeh.. season ni pun samo yor.. Kuna, Syukur, Mael.. aduyaaiiii.. skrang ni Coach kesayangan plak blah.. kemon jang.. wake up! takkan x sodar laieee..?

From Coach Azraai,  "Untuk Wagieh² Sekalian...Terima Kasih Atas Sokongan...Jiwa Esey Totap Bersama Penyokong² Noghori Hoben Jang Hoben

Thursday 11 October 2012

Tahniah ATM.

Tahniah ATM.
Kemenangan yg sangat dramatik.
Goal penyamaan last minute, masuk maso tambahan x tentu gak.. last-last, sepak penalti.
Yang paling penting, Piala Malaysia tak jatuh ke negara jiran Singapoorraahhh ;p
Dan yg paling best, 7 player Nismilan season lepas main untuk ATM fc.
Dan anak-anak noghori Sombilan turut bersama-sama sebagai key player iaitu Dekwan, Bangcik dan Farizal Harun. So, untuk final Piala Malaysia ni aku sokong team ATMfc ni. Serious aku nak diowang ni menang.
Boring arr kalo Kelantan or Selangor menang, diowang kan dah selalu ;p
Agak-agak ehh, Hai-O score lg tak Final nanti? kalo score jugak, memang konfirm title "new legendary player' for Final arrr.. dan team-team lain yg berhajat ke Final season dopan, sila counter offer Hai-O ni kaw-kaw yer.. ghegeheehee

PROMOTION :Jualan habiskan stok!

salam waghih..

Ah lah makkk poiiitttt..

salam waghihh..
bru yor citor harap ehh maintain player senior Nismilan..
Ghupo ehh dah kono rembat budak Kuna tu.. Shukur pun samo yor.. dorih laieee.. sapo plak yg join suku nanti? takdo khabar angin ko.. sumo ehh kobar buek peminat hangin yor..
tapi apopopun, selamat maju jayo den ucapkan kek diowang ni.. diowanglah wira-wira kito taun ni ngan tahun lopeh-lopeh.. pokok ehh, duit offer team lain tu sure lumayan. Kok den pun harus angkek kaki.. dah lar xdo pencen.. lopeh umur 35 dah susah nk dapek offer dah.. huhuu
Cumo yg den pasti, kehilangan Kuna, Syukur dongan Mael sure teraso.. Semugo King Azraai Khor dapekkan pengganti yg samo hebat ehh, Insya'Allah.
Hoben Jang Hoben!!

Tuesday 9 October 2012

Siapo agak ehh muko baghu join suku kito musim dopan?

salam waghih..
Lamo den tak hapdet blog ni critor pasal Team kesayangan den, Nismilan F.C.
Asyik citor psal Liverpool yoorrr..
Okie, ckup dah mukhadimah ehh..
Skrang ni hari-hari den baco kek paper/fb psal rumours player yg akan berhijrah
paling latest, den dongar maso lunch td member opis den budak Red Warrior bising cakap Mat Yo, Fathul Bari dgn sapa ntah lg sorang join Johor.
Pedulikkanlah.. bukan kono mengono dongan team den pun..
Cumo yg member den bisingkan tadi, Johor offer diowang tu gaji kaw-kaw.
Nampak ehh persatuan bola Johor mmg serius nak ubah jd kuasa bola baru tahun dopan..
Bayangkanlah, Batistuta (top player argentina dolu-dolu) jadi penasihat teknikal ehhh..
coach plak, Fandi Ahmad < Legendary Singapore' tuuuu..
Ok, balik Nismilan balik..
Kobar ehh, si Ejal (Farizal Marlias) dah konfim join team Perak
Humangaiii.. Keeper terbaekk kito tuu..
Cannor boleh lopehhhh?? duit lah kan? apo ulek ehh laiee..
So, Berapo plak peruntukan budget untuk team kesayangan kito musim dopan agak ehhh??
Siapo plak player-player yg akan kito rembat?
Yang ponting kek den, Kuna, Kocik, Shakir, Shukur, kasi maintain.
Khairul Azwan (Abam Polis) tu kasi offer join suku kito
Effa Owana den tak tahu nak cakap apo..
Kok jumpo striker yg laie power, takpolah kok nak lopeh ann dio..
Kok tak jumpooo??
Den masih ghaso ann Effa Owana masih antara penyerang Import paling kacip dongan team kito.. cumo dio ni pemaleh skit kowt... ;p
Apo kato wariihhh??
Farbak? xdolah hebat sangat.. lobih kurang player lokal jer.. cumo ehh fizikal dio mmg ok kok duk kek bawah tu.. cumo dio ni den nampak lombab skit..
Kalo den sarankan, kito carik import duk kek midfield.. yg boleh jd player maker mcm Bruno tu
Skrang ni nampak mcm kito ado Abam Derih yg bole jd playermaker.. tp dio dah tuo.. dah slow.. kono carik yg lagi power laiee..


Selain Khairul azwan(PDRM), den ghaso Thanaraj yg kito pinjam dr Sabah tu ok gak join suku.. pastu den suko sangat kok Coach Azraai boleh pujuk Badrul Baktiar (Kedah) join kito. Selain tu, kok dapek Muslim Ahmad & Ismail Faruqi dr team T'ganu tu pun caya gak tuuu.. lelain tu, kito bg Coach kito pilihlah.. huhuuu

Sunday 7 October 2012

Kecundang lagi...

walaupun x kalah.. aku tetap rasakan seperti kita kecundang lagi malam tadi. Kecundang nak mendapatkan 3 mata penting!
 dimana silapnya?
aku rasa defend kita okie malam tadi..
Riena pun ok, atleast tak bolos.
Tapi tetap tiada jaringan.. 3 kali goal post kowt..
badi season lepas lagi ker.. aduyaiii...
Stoke City memang gunakan kepakaran mereka iaitu fizikal contact.
Malangnya, banyak yang terlepas hukuman sekurang-kurangnya kad kuning!
Sahin kurang menjadi malam ni.. begitu juga Sterling yang masih takut-takut..
Suso ok malam ni tapi BR keluarkan plak...
Joe Cole? damn.. dia masih tak fit. Apsal bukan Borini?
Kesilapan besar BR malam tadi psal memasukkan J.Cole.
Aku harap dia dah xde lepas transfer Januari ni.. semak!
Lepas minit ke-70, Stoke City dah mula susun Bas depan pintu goal..
Bayangkan sampai 3-4 orang duk jaga Suarez.. masaklah..
Apadaaa..
Memang target Seri dah cukup??
Aku rasa midfield Liverpool perlu lebih kreatif next game..
Game cantik? Kontrol game? player skillfull.. tapi kalo x menang jugak, no point gak..
Maka dengan ini kita terus keciciran mata
lagi mau sembang psal Top 4? ghontikanlah..
Dapat Top 6 pun dah kira ok sangat dah..
Bukan aku tak yakin.. tapi kita kena belajar terima hakikat
Liverpool kini bukan lagi Liverpool dimasa zaman kegemilangan dulu
Banyak yang perlu diperbaiki
Bagaimanapun, aku percaya, Brendan Rodger tetap calon yg sesuai untuk mengemudi Team kesayangan kita semua..
bagi dia masa.. pastinya Liverpool akan kembali digeruni pihak lawan selepas ini
Selepas Suso, Sahin, Sterling, Wisdom, Borini, Asaidi dan player2 muda lain semakin matang dengan permainan tiki-taka BR ni, Insya'Allah..
YNWA Kopites!

Liverpool VS Stoke City

Jangan lupa Kopites sekalian, janji kita depan tv/ skrin layar malam ini. Semoga kemenangan berpihak kepada kita. Yang penting jangan leka, bak kata Brendan lepas kalah bebaru ni, player jangan Malas! bukti kesungguhan utk menang. Paling merisaukan, situasi pertahanan yg agak goyah sejak menjak ni. Dan semestinya benteng terakhir kita, Si botak Pepe Riena. Nampak macam semakin berat taim diving. Mana kepantasan beliau agaknya?.. hopefully BR tak teragak-agak utk menggantikan Riena dengan Brad Jones kalo malam ni dia bolos mudah lagi.

Bagi kita, kemenangan malam ini sangat penting untuk terus mengejar mata memandangkan kita sudah jauh ketinggalan dengan team yg duk kat ranking atas tu. 3 mata malam ni bermakna kita akan perolehi 8 mata dan semestinya melompat 3 anak tangga lagi untuk kedudukan pertengahan liga. Jangan dilupa target kita yg disebut oleh Kapten Gerrad bebaru ni, Top 4 dan satu piala.

Ini pilihan player aku untuk malam ini, hopefully BR pun sekepala dengan aku.. huhuu. Tiada borini, Asaidi, Coates utk first team.. untuk sub-player okie. Borini masih tak menemui sentuhan jaringan beliau. Asaidi juga masih belum benar2 fit utk game utama, namun beliau harus diberikan peluang untuk jadi supersub, begitu juga dengan Borini. Paling utama semestinya, sumbangan Suarez sebagai penyerang utama. Semoga malam ini terus milik beliau dan sepanjang musim. Kehebatan Sahin juga turut diperlukan, selain dua anak muda akademi Liverpool yg sedang meningkat naik iaitu Raheem Sterling dan Suso. Tak lupa juga, keserasian abang Long, Steven Gerrad yg semakin mantap permainan tiki-takanya. Saya dengan ini, sangat yakin dan optimis, bahawasanya kita akan membawa pulang lagi 3 mata, insya'Allah. ;p

Saturday 6 October 2012

den syg an Nismilan ni.. tanah adat pepatih waghih den.


sesiapo yg pure duk lahir kek sini, mak ayah ehh oghang Nismilan.. nih design baju utk kowang.. proud to be Ujang or Milah yorrr..

Wednesday 3 October 2012

waghihhh.. jumpo laie musim dopan!

Salam
Maaf, atas kelewatan den menghapdet blog nih.. baru dapek mood nak menulih selopeh kechiwo x hingat dgn game semalam. Serba tak jadi player kito malam tadi, apo citor ekk? Dongar ehh, sampai Coach Azraai pun macam hangin jor.. Effa sudah jadi apa? tak power langsung.. huhuu
Apopopun, den akui bahawasanya ATM berhak menang game smalam. Alamak ngantuk lah plak, nnt sok den sambung lain yor.. x larat nak angkek mato dah ni jam.Selamat Malam Waghih Penyong Togar Skuad Nismilan. Timo kasih.

Saturday 29 September 2012

Sonyum.. x perlu kata apa-apa.. ;p

kata orang, dengan sekeping gambar boleh menceritakan segalanya.. benarkah? kuikuikuii..

M.U. perlukan 2 player ini untuk menambahkan kekuatan pasukan, ggmu ;p

STAR of PAROI. Jomput trun reramai selasa nih!!

Suara Komrads, suara keramat.
Join ler geng bebudak Ultra nyanyi skali, apa barang bunyi hons vuvuvela (xtau den nk nyobutkan menatang tu) jum kito bersatu hati gamatkan situasi stadium malam tu nanti dgn chant beramai2 k.

Layan gambar game mlm smalam.




malam ini milik kita..



tahniah!! satu permulaan kemenangan yg sangat bererti. 5-2 walaopun dgn team bawahan Norwich City, yg penting kemenangan besar ni mampu menaikkan moral fans dan pemain itu sendiri untuk terus mencipta kemenangan. Akhirnya, Suarez berjaya menutup mulut pengkritiknya dengan hatrik cantiknya malam ni. Yang penting, dia dah tak tamak nak score..

Suarez telah membuktikan bisa jaringannya malam ini bakal menghantui player lawan selepas ni. Thumbs up gak, dengan 2 player muda kita yg semakin meningkat naik performance nya.. Sterling dan Suso. Mereka mmg superb beb, serius seronot tgk gaya permainan diowang berdua ni.. x mustahil skit hari Suso akan diserapkan team utama Spain ;p. Lagi seorang yg perlu aku Up mlm ni semestinya, Nuri Sahin. Semoga ko teruskan rentak permainan yg osem dan score lg bebanyak.


dan Finally, buat abam Captain Legend kita, Stevie G. Dia dah semakin power dengan style tiki-taka ni. So, cukup complete utk malam ni, 5S yg marvelous skali iaitu Suarez, Sahin, Stevie G, Sterling dan Suso. Keseluruhan game sangat menarik dengan byk aksi serangan dari kedua-dua pihak dan kontrol game yg baik dari team Liverpool. Aksi Riena utk first half bagus, cuma bolos 2 bijik tu xtau ler salah siapa.. dia ke, defend ke? mmm.. ok Kopites, boleh tido lena malam ni lebih-lebih lagi bila dapat tau MU kene tapau dgn Spurs 3-2 kt Old Trapod tadi.. SAF lupa nk kautim ke? ke Reff lupa bwak kad merah? ;p


Wednesday 26 September 2012

Ranking tak Penting? wuttafukk!



Bangang!! -kalo ‘ranking’ bukan objektif utama, maka jadinya apa? Damn it ! ini kata-kata bodoh tak bertanggungjawab dari orang yang dipilih untuk menerajui  organisasi bolasepak Negara. Maaf agak kasar bunyinya, tapi inilah kata nista yang wajar dihamburkan buat si Bodoh yang gila kuasa. Rakyat bukan lagi mudah diperbodohkan, jangan buat lawak bangsat wahai Si Tolol.. kalau kamu duduk dikerusi empuk diatas sana sekadar untuk memenuhi tuntutan nafsu serakah kamu, mohon kamu berambus dengan kadar segera!! Jangan perjudikan sukan Rakyat ini. Walhal mereka ini belum pasti pernah menyepak bola, jadi apakah fungsi kamu? Sungguhkah kalian berusaha untuk memajukan sukan Rakyat ini. Berapa lama lagikah masa yang kalian perlukan? Taraf Bolasepak Negara tetap Masih ditakuk lama? Tidak!! Tidak sekali-kali!! Baca: Makin Jahanam!!! Merundum jatuh tersembam dan terus kelongkang. Tapi diowang kat atas tu tak goyang beb.. “kita masih yang terbaik di Asia Tenggara” ini kata-kata pujian masuk bakul angkat sendiri.



Mohon Presiden, Timbalan, Penaung, Pengurus, Pengetua dalam FAM letak Jawatan!

" Mohon Presiden, Timbalan, Penaung, Pengurus, Pengetua, Penyibuk, Penjudi, Pembodek dalam FAM sila letak Jawatan! "

Rasanya, inilah harapan utama Rakyat Malaysia tika dan saat ini. Demi maruah bolasepak negara yg semakin tercalar dengan kemorosotan mutu permainan serta kedudukan pasukan 'Harimau Malaya' yg semakin jatuh tersembam maka selayaknya mereka-mereka yg disebutkan diatas agar bermaruah untuk undur diri dari FAM. Bukti jelas, Rakyat semakin menyampah dengan mereka2 yg gila kuasa kat atas ni, kowang klik picture dgn menaip 'FAM' maka byk poster2 yg mengutuk mereka2 yg x sedar diri ni... nampak apa yg aku nampak, ok ,aku tolong copy paste antaranya kt sini.. ;p





Tuesday 25 September 2012

Akan Datang!!


design tee akan datang, sapa mau order bole inbox pm fb gua.. ada harga early bird ;p

Monday 24 September 2012

Sehati Sejiwa!!



Salam Warihh Penyokong Togar!!
lupokan game smalam.. amik mood baru, mode team champioNS, Nismilan. Selamo den menjajo sticker kek stadium tu, ramai ghupo ehh warih yg berminat nak join Ultra Nogori ni. Semua dok tanya psal mafla Ultra yg den pakai tu.. masih ramai lagi yg ingat xdo mafla xleh join Ultra. Silap tu, posan den cam biaso.. join jor dulu dongan bebudak Ultra tu.. Sing a long.. xtau lirik, ikut slow-slow.. xdo mafla, tangan ado boleh topuk reramai.. semangat tu yg ponting. Mafla tu aksesori jor.. tapi kok pakai taim games lagi teraso Ultra ehh.. lain macam beb.. so, sesapor yg terbaco post den nih, yg berminat dan x join ultra laiee.. jomput2 lah lepak skali kek Kona Tu nyanyik reramai.. pasal slalu ehh, second half den suko tukar port lepak tetongah lokasi. Kek situ den dongar ramai jor yg ikut-ikut nyanyi skali, yg ikut topuk tangan pun ado.. makno ehh berminat lah tu.. mungkin kurang promosi kowt.. sogan nak join ulek ehh.. Kek mano silap ehh ni, den slalu bayangkan satu hari nanti, stadium tu ponuh dongan bebudak Ultra. Maksud den, semua pakcik-pakcik, makcik, bebudak kocik pun join 'sing a long' skali sambei kibarkan mafla.. mak mek meriah ehh tuu.. x dapek den nak bayangkan duwwhhh... ;p



credit: gambar amik kek group Kona 4C, meriahkan?

sambil baco, layan plak clip video 'sehati sejiwa' ni.. memang semangat habis.
http://www.youtube.com/watch?v=U3rxVwnnez0

tribute to RIP Muthafukka Mark Halsey.


Hati gua masih panas dgn game semalam. Tambah plak, pagi-pagi sampai opis jer dah kene nganjing dgn si Munyet. Tapi gua senyum jer walopun rasa nak sepak jer muke tu.. rileks, chill beb.. mcm gua pesan sbelum ni, nak jadi penyokong Liverpool, hati kene kental beb. Mungkin dah slalu kalah, so actually gua bole jer accept kekalahan. Cuma bila Fan Menyu yg provoke memanjang tu yg bisa bangkitkan amarah gua, duwhhh... bila cakap psal kita kontrol game, ball position.. diowang bilang, janji menang dapat 3 point. Setakat menang psal Ref back up buatper dol.. main 10 orang pun x jd apa, terpaksa plak bg penalti. damn it.

Sunday 23 September 2012

Man of the Match - Reff. Mark Halsey

Dah buang sorang pun susah nak menang jugak.. last-last bagi penalti baru menang -kata pengadil dalam hatinya.

Ni ler muka reff gampang games lawan rival td. Fuck you very much!! memang bias habis.. first bg kad merah kat Jonjo Shelvy sedangkan bola 50-50. Kad kuning pun takpe lg. Komentator pun cakap macam tu td.. keputusan x masuk akal. Pastu bg penalti plak, padahal depan mata boleh nampak, Valencia dah terkangkang nak tersembam dah.. xde body contact langsung. damn it. Ni bukan menang nasib lagi, nampak macam dah dirancang.

Ulasan dari Gary Neville : " Liverpool telah dirompak 3 mata oleh refree" < Ex Player M.U. ni pun akui keputusan pengadil yg berat sebelah. Bullshit.



Saturday 22 September 2012

SUPER SUNDAY -Player pilihan aku.


Siapa pilihan kalian malam ni? Ini pilihan aku. Harapan aku, Riena bagi persembahan terbaik beliau, kalo tak, start next game gantikan dengan Jones, BR kene tegas sound Pepe. Skartel jangan buat silly mistake lagi. G.Johnson jangan malas kejar bola kalo dah terlepas. Sahin mendapat rentak (perform) malam ni. J.Shelvey walaupun dia tgh perform, aku rasa dia harus masuk 2nd half baru menjadi. Gerrad kene jadi leader utk 1st game. dia mmg captain favourite semua, tapi lately ni, dia macam lost skit. Tak dapat adapt dengan strategi BR atau apapun x tahu larr.. Assaidi perlu diberi peluang main utk game ni tp 2nd half, mgkin dia bole jd supersub dgn kelajuan dgn skill mengentel beliau. Macam Alex Ferguson slalu guna chicarito utk game lawan Liverpool. Finally, aku harap Suarez mengamuk malam ni, buktikan dia masih lagi antara penyerang yg paling digeruni dalam EPL season ni. Sekian, terima kasih.

Pertembungan dua seteru utama!



Salam Kopites.
So, kowang dah ready ke dengan game malam ni? Macam biasa, bila pertemuan dengan team setan ni jer sure berdebar lain macam. Lawan team lain tak rasa plak macam ni ekk? Lupakan posisi team kesayangan kita di bawah carta liga, pasal pastinya keputusan malam ni tiada kene mengena dengan prestasi kita sebelumnya. Optimis beb, kita memang boleh menang. Cuba jangan aspek kita menang besar, janji menang sudah mencukupi.

Ingat, Liverpool bukanlah selemah yg mereka sangkakan terutama bila jumpa seteru utama, MU. Kalo tengok game-game yg lepas pun, nampaknya nasib x menyebelahi kita.. dgn M.City dlu pun kita nyaris menang, cuma kesilapan mudah defender jer jadi punca kita tak dapat full mark. Masa game lawan Arsenal pun patutnya 2 kali kita dapat penalti tapi dinafikan pengadil. Last lawan Sunderland pun, 2 kali goal post!

Mungkin juga percaturan Brendan Rogers belum serasi dengan player sediada, so guys, Keep Trust on him!!
Nak jadi penyokong Liverpool ni kene kental beb.. kita bukan macam hunter glory tu yg sokong time menang jer. Masa taim merundum ni ler kita boleh tengok siapa diri kitakan? ok Kopites. Keep believe.


p/s: ada ker lokasi khas (port) untuk fan-fan Liverpool Nismilan kat Soromban ni?? Cube habak mai kat cheq sattt.. ;p

Shakir Ali :mano poie ehh striker kito ni poit?

Shakir Ali, apo critor striker kito ni? injured ko? kad merah ko? tak fit ko? lamo dah raso ehh dio x turun main.. nampak eh macam striker pinjaman, abam Pdrm, Khairul Izuwan dah take over position si Shakir ni. Pendapat den, si Shakir ni masih merbahayo terutamo ehh bilo taim dio fit. Tapi taim datang mood maleh eh mcm hampeh gak den tengok.

Harapan den, untuk game 28hb ni, dio jadi supersub. Tapi kok ikutkan ideo strategi den, patut ehh dio ni duk kek tongah sebangai 'attacking midfielder' barulah nampak mcm nak monang. Yang pasti eh, pertahanan ATM yg dikemudi oleh si Bangcik (kombar) pasti akan kontrol si Effa ni kaw-kaw, begitu jugak si Khairul Izuwan tu. Pasti ehh pergorakan diowang tu dikawal kotat. Inijam, kemampuan Kocik dan Kuna Ekspress diperlukan utk mengucar-kacirkan pertahanan lawan seterusnyo posisi Shakir (kalo duk kek tongah) yg agak free tu boleh mencurik peluang utk menjaringkan goal. Biarlah si Firdaus tu jd super-sub game tu nanti. Harapan den, tiado taktik bertahan dipraktikkan, kecuali dah leading 2-0 minit ke 80, bru bole susun parking bas kek dopan pintu gol. huhuuu...

Semoga team kesayangan kito, Nismilan akan beroleh kemenangan utk dibawak sebagai bokalan seleso utk game seterusnyo kek Paroi nanti, Insya'Allah, Amin.

Jum layan jaringan Shakir Ali maso lawan Johor FC dolu-dolu <amik mood kemenangan skit ;p
http://www.youtube.com/watch?v=zYTn4565q80&feature=relmfu


Thursday 20 September 2012

mari meraikan 'buku jalanan'..

Off topik.
siri event > buku jalanan Seremban, sudah masuk fasa ke-4 bebaru ni.. satu event d.i.y. yg osem dan sempoi. mohon sokongan dari seluruh rakyat Nogori Sembilan, serius bhai. baca buku free, sambil lepak-lepak tambah kenalan baru dan turut dimuatkan persembahan akustik bunyian dari gelandangan. Paling mantap, banyak buku-buku kategori rare ada kat sini.. terutama zine-zine hc/punk/personal yg julung kalinya kowang jumpa di toko-toko buku berdekatan. langkah awal, join page mereka yg non profit organization ni di laman sosial facebook dulu. pastinya, organiser akan update laporan aktiviti terkini dan lokasi event. Orite Komrads.. jgn lupa support mereka-mereka ni k. link mereka = http://www.facebook.com/bukujalananseremban

Logo 'The Jangs Militia'



Amacam warihhh, charo takk?? nnt tunggu design baju ehh plak yorr.. kok suko bole arr order nnt.. ;p

List Player team ChampioNS - Nismilan


yg ni, kiro mmg dah lambek  den taruk list nih.. dah masuk pialo Malaysia, bru nk up list player.. nak buek cannor yo tak.. dah mlm ni den buek blog ni.. pepehal pun ,credit utk gambar ni utk N9Futbol. maleh den nk buek lg satu cantek-cantek, den cilok jor sambil promote genk orang kampung den haa.. ;p
chekidout warihhh.. kok-kok ado kona sesapor ko dalam list nih.. member sekolah dulu ko, samo-samo mandi sungai sambil berboleng ;p

yg ponting ehh... sapo agak-agak ehh player luar nogori sembilan yg sesuai main dongan kito next season?? cubo bg cadangan skit.. ;p

surat utk Coach Azraai.

Bebaru ni den ado msg inbox coach kesayangan kito, Azraai Khor melalui laman sosial mukobuku. Alhamdulillah, dapek respons dr coach kito yg sporting tu.. kek bawah ni den solitkan 'message' yg den post tu..  ;p

baco kek link ni..
https://plus.google.com/101775001577914667762/posts




Apo ulek eh 'The Jangs Militia' ni?

Salam Komrads..
Ini blog ke-2 aku.. Yang ni mgkin port aku nk menulis/kritik/kondemn/ merepek tentang bola. mgkin juga, psal lelain tp yg pasti lebih byk isu-isu dalam nogori.. so, sbg introduction, den lotak banner aka sticker kereta utk penyyokong togar skuad nismilan.. waghih2 nogori lain jgn jejes ekk.. wkwkwk