Sunday 7 October 2012

Liverpool VS Stoke City

Jangan lupa Kopites sekalian, janji kita depan tv/ skrin layar malam ini. Semoga kemenangan berpihak kepada kita. Yang penting jangan leka, bak kata Brendan lepas kalah bebaru ni, player jangan Malas! bukti kesungguhan utk menang. Paling merisaukan, situasi pertahanan yg agak goyah sejak menjak ni. Dan semestinya benteng terakhir kita, Si botak Pepe Riena. Nampak macam semakin berat taim diving. Mana kepantasan beliau agaknya?.. hopefully BR tak teragak-agak utk menggantikan Riena dengan Brad Jones kalo malam ni dia bolos mudah lagi.

Bagi kita, kemenangan malam ini sangat penting untuk terus mengejar mata memandangkan kita sudah jauh ketinggalan dengan team yg duk kat ranking atas tu. 3 mata malam ni bermakna kita akan perolehi 8 mata dan semestinya melompat 3 anak tangga lagi untuk kedudukan pertengahan liga. Jangan dilupa target kita yg disebut oleh Kapten Gerrad bebaru ni, Top 4 dan satu piala.

Ini pilihan player aku untuk malam ini, hopefully BR pun sekepala dengan aku.. huhuu. Tiada borini, Asaidi, Coates utk first team.. untuk sub-player okie. Borini masih tak menemui sentuhan jaringan beliau. Asaidi juga masih belum benar2 fit utk game utama, namun beliau harus diberikan peluang untuk jadi supersub, begitu juga dengan Borini. Paling utama semestinya, sumbangan Suarez sebagai penyerang utama. Semoga malam ini terus milik beliau dan sepanjang musim. Kehebatan Sahin juga turut diperlukan, selain dua anak muda akademi Liverpool yg sedang meningkat naik iaitu Raheem Sterling dan Suso. Tak lupa juga, keserasian abang Long, Steven Gerrad yg semakin mantap permainan tiki-takanya. Saya dengan ini, sangat yakin dan optimis, bahawasanya kita akan membawa pulang lagi 3 mata, insya'Allah. ;p

No comments:

Post a Comment